Bantuan pendidikan oleh SEPAKAT dan ANSARA

Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang yang kini dikenali sebagai SEPAKAT dengan kerjasama pihak Ansara (Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara) melalui Tabung Harapan Ikhsan Pelajar (HIP) telah membantu membiayai perbelanjaan persekolahan kepada dua buah keluarga. Puan Syaridah seorang ibu tunggal yang kematian suaminya telah diberi bantuan pendidikan sebanyak RM 1,186.00 kepada anaknya Nur Nadia bt Mohd. Yassin bagi membiayai pengajiannya di Kolej Matrikulasi Kulim setelah mendapat keputusan 8 A di dalam peperiksaan SPM. Nur Nadia juga merupakan salah seorang pelajar di MRSM Langkawi, Kedah. Selain daripada Nur Nadia, turut menerima bantuan tersebut adalah En. Md Mukhtar, seorang pemandu bas awam yang mempunyai 8 orang anak yang masih bersekolah. En. Mukhtar mendapat bantuan sebanyak RM 2,400.00 yang diberi dalam bentuk elaun bulanan.

 

 

 

KUNJUNGAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU AMAN

 

Sumbangan Peralatan Sekolah

 Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Pulau Aman, Nibong Tebal dan menyampaikan sumbangan berupa peralatan sekolah seperti beg sekolah, buku tulis, alatulis kepada pelajar sekolah tersebut yang berjumlah seramai 35 orang. 

Peralatan sekolah ini adalah hasil sumbangan orang ramai kepada pihak Biro Pengaduan UMNO manakala beg sekolah adalah sumbangan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang. Turut serta di dalam program ini adalah Pergerakan Puteri UMNO Batu Kawan.

 

 

 

Sinar Baru Untuk Norida

  Bantuan Pembiayaan Pelajaran

Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang @ SEPAKAT membantu Nor Ida Shamsul Bakri, 8 tahun yang tinggal bersama neneknya di Taman Desa Murni Sungai Dua untuk mendapatkan sijil kelahiran bagi meneruskan persekolahan. Nor Ida tidak dapat ke sekolah kerana tidak memiliki sijil kelahiran kerana bapanya telah menyerahkannya kepada neneknya sejak berusia 3 hari tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Pihak Biro Pengaduan mendapatkan bantuan pihak Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pendaftaran untuk proses sijil kelahiran dan Jabatan Pelajaran bagi membolehkan Nor Ida bersekolah. Pada 13 Jun 2005, Nor Ida telah ditempatkan secara sementara di Tahun 1, Sekolah Kebangsaan Sungai Dua sehingga sijil kelahirannya di siapkan. Di samping itu, pihak Biro Pengaduan juga telah membuka Tabung Kebajikan dan Pendidikan Nor Ida bagi memudahkan orang ramai yang ingin membuat sumbangan kepadanya.  Kini Norida telah pun berada di Tahun 5, dan antara pelajar yang berpotensi dalam akademik.

 

 

 

Search site

© 2008 All rights reserved.