Bantuan Basikal Orang Kurang Upaya

Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang @ SEPAKAT telah membantu seorang pelajar berusia 9 tahun yang dilahirkan tanpa kaki. Bagi memudahkan pergerakan hariannya, maka Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang telah memohon bantuan basikal roda tiga daripada pihak Yaysan Kebajikan Negara dan membantu mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 240.00 sebulan dan bantuan barangan keperluan dapur setiap bulan daripada pihak Pusat Urus Zakat.

 

 

 

  Rumah Baru untuk Warga Emas

Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang @ SEPAKAT telah memohon kerjasama daripada pihak Perbadanan Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bagi mendapatkan sebuah rumah untuk di diami oleh seorang ibu tunggal yang berusia 72 tahun bersama anak menantunya. Pihak PERDA telah memperuntukan sebanyak RM 5,000.00 bagi membina rumah tersebut di atas tapak tanah milik keluarga terbabit melalui skim Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

 

Search site

© 2008 All rights reserved.