Kanak-kanak Pesakit Bengkak Hati (Biliary Atresia)

Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang telah menyampaikan bekalan lampin pakai buang yang disumbangkan oleh pihak Carrefour kepada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Aufa Ainul Dania bt. Nordin yang menghidap penyakit bengkak hati (Biliary Atresia) di Kampung Paya Keladi Tengah, Kepala Batas. Namun begitu, pada Julai 2004, Aufa Ainul Dania bt. Nordin telah meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan di Hospital Selayang.

 

  Bantuan Pembiayaan Kos Pembedahan Pemindahan Hati

Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang telah membantu pasangan Abdul Halim dan Nuriha untuk mendapatkan penderma hati dan bantuan kewangan sebanyak RM 265,000.00 bagi membiayai pembedahan hati anak mereka Alif Hambali yang berusia 15 bulan. Pada 20 Mac 2004 Aliff Hambali telah selamat menjalani pembedahan hati namun pada 27 Ogos 2004 Alif Hambali telah kembali ke rahmatullah.

Search site

© 2008 All rights reserved.