Selamat Datang ke SEPAKAT

03/06/2009 13:05

Terima kasih kerana mengunjungi SEPAKAT...

SEPAKAT atau sebutan penuhnya SEKRETARIAT PENGADUAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT merupakan sebuah NGO yang menyediakan khidmat nasihat bagi permasalahan dan kesulitan yang dihadapi. Secara tidak langsung SEPAKAT menjadi pemudahcara bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya yang berkaitan dengan kebajikan, pendidikan, masalah setempat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Segala aduan yang dimaklumkan ini akan diambil tindakan dengan menyalurkan kepada pihak yang terbabit samada agensi kerajaan, swasta ataupun orang perseorangan.

Disamping membantu, kami juga menjalankan program berteraskan khidmat kemasyarakatan seperti kempen derma darah serta kempen kesedaran kepada orang ramai.  Adalah menjadi hasrat SEPAKAT dengn bantuan dan khidmat yang diberikan ini, dapat memberikan sedikit kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan rakyat khususnya kepada golongan yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan.  Dan hasrat ini pastinya akan lebih terlaksana dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak.

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, SEPAKAT tidak hanya berpandukan bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tetapi juga bekerjasama dengan individu dan juga badan korporat.

Dikesempatan ini, pihak SEPAKAT mengalu-alukan anda diluar sana bersama-sama SEPAKAT menghulurkan sebarang bantuan/sumbangan dan sokongan dalam pelbagai bentuk dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan.  Sumbangan anda ini bukan sahaja membantu dari segi lahiriah, bahkan juga mencerminkan rasa prihatin, belas kasihan dan simpati anda bagi meringankan masalah mereka yang memerlukan.

Back

Search site

© 2008 All rights reserved.