RM 10,000.00 untuk kos pembedahan bayi berusia 18 hari

29/06/2009 13:17

Rentetan daripada sumbangan kepada Puteri Nuralessa Adreena Rosman Fitri yang menghidap masalah jantung berlubang, SEPAKAT sekali lagi berkunjung ke Pusat Perubatan Gleneagles, Pulau Pinang untuk menyampaikan sumbangan kepada pasangan Sohidan Hussain dan Zuraini Zakaria.  Anak ketiga pasangan ini yang baru sahaja berusia 18 hari telah disahkan menghidap saluran jantung terbalik dan perlu menjalani pembedahan segera.

Pihak SEPAKAT dimaklumkan oleh pihak pengurusan hospital Gleneagles, bahawa pembedahan tersebut perlu dialkukan dengan segera sewaktu bayi ini diawal usianya bagi mengelakkan komplikasi jika dijalankan setelah dia besar.  Kos pembedahannya mencecah sebanyak RM 45,000.00 dan ketika ini wang untuk kos pembedahan tersebut sedang dikumpulkan.  Bayi yang diberi nama Mohd Akif Nazif b. Sohidan ini telah selamat menjalani pembedahan pada 19 Jun 2009 dan ketika pihak SEPAKAT melawatnya, bayi ini berada dalam keadaan yang semakin sihat. 

Melihat kepada latar belakang keluarga ini yang serba kekurangan, maka pihak SEPAKAT telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 10,000.00 untuk menampung sebahagian daripada kos pembedahannya.  Sumbangan tersebut adalah daripada Ybhg. Datuk Amanullah b. Mohd. Yusuf yang merupakan salah seorang usahawan bumiputera yang berjaya.

Back

Search site

© 2008 All rights reserved.