Ziarah SEPAKAT bersama Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh

07/06/2009 10:27

  Pada 5 Jun 2009 yang lalu, SEPAKATbersama-sama Datuk Abdul Jalil b. Abdul Majid, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, telah meluangkan masa berkunjung ke rumah salah seorang ahli Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang telah lumpuh sejak 13 tahun yang lalu.  Alias Mat Yusof, 30 tahun kini terlantar di rumahnya setelah lumpuh akibat dihempap pokok ketika dia bekerja.  Walaupun lumpuh, dia tidak menjadikannya sebagai halangan untuk terus bergiat aktif dalam prgoram-program yang dianjurkan oleh UMNO walaupun perlu berkerusi roda.  Namun kini, disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin hari semakin membimbangkan, dia tidak mampu untuk bergerak aktif.  Menurutnya sewaktu kunjungan pihak kami, doktor mengesahkan bahawa dia perlu menjalani pembedahan bagi mengelakkan kuman terus merebak ke dalam sel pehanya dan kos pembedahan dan rawatannya mencecah lebih kurang RM60,000.00.  Ini kerana rawatan dan pembedahan tersebut dilakukan di Hospital Pakar Island memandangkan pihak hospital kerajaan tidak mempunyai kemudahan ubat dan kepakaran untuk pembedahannya.  Dalam usaha untuk meringankan beban kewangan yang ditanggungnya, pihak SEPAKAT telah membantu dari segi urusan bantuan JKM dan PUZ, dimana Alias telah diluluskan bantuan segera JKM peringkat Parlimen sebanyak RM 500.00 manakala pihak PUZ pula dalam proses untuk meluluskan bantuan perubatan sebanyak RM 4,000.00.

                                                                                                                                                                                                                                

                                                                                                                                                        

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Back

Search site

© 2008 All rights reserved.