Azizi Sudah Sembuh

27/07/2009 11:41

Setelah hidup dalam penderitaan selama 3 bulan lebih, akhirnya Azizi telah selamat menjalani pembedahan untuk mencantum semula tempurung kepalanya. Pembedahan yang dilakukan di Hospital Besar Pulau Pinang pada 6 Julai 2009 telah memberi sinar yang baru dalam kehidupan Azizi samada dari segi fizikal mahupun mental. Jika dahulu keadaan kepalanya tidak sempurna, kini setelah tempurung tersebut dicantum semula, kepalanya kembali kepada bentuk asal dan Azizi juga telah mampu bercakap walaupun tidak teratur dan tidak jelas berbanding sebelum ini hanya mampu menangis dan merengek. Perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Azizi ini amat melegakan ibu bapanya, Khalib Yahaya dan Roslina Che Ros.

 

Back

Search site

© 2008 All rights reserved.